Wednesday, February 12, 2020

Bahasa Inggeris|Penting sangatkah?

Assalamualaikum, 
Topik kali ni macam nak mengundang kontroversi je kan. Hehe
Tapi tak la, cuma nak berbagi pendapat sahaja.
Sejak lebih kurang hampir dua tahun organisasi tempat kerja aku ni bertukar tangan,
CEO kami telah membuat keputusan untuk menjadikan bahasa Inggeris Sebagai bahasa utama.

Hampir semua ditukarkan kepada bahasa Inggeris seperti, surat menyurat, memo, dan kalau boleh memang kena berbahasa Inggeris. Sehinggakan CEO tersebut menyatakan beliau sendiri tak tau cakap bahasa melayu. Walaupun beliau sendiri orang melayu. Erk..

Keadaan ini menyebabkan ramai kakitangan terutamanya staf yang lama tak berpuas hati. Yela, dah berpuluh tahun semuanya dalam bahasa melayu, tiba-tiba ditukar ke bahasa Inggeris.

Pada peringkat bantahan dari staff, pihak atasan setuju cuma urusan pihak pengurusan sahaja yang menggunapakai bahasa Inggeris. Tapi lama-kelamaan bahasa Melayu sedikit-demi sedikit dihapuskan dalam keseluruhan urusan di organisasi tempat kerja aku.

Sewaktu sesi q&a town hall hari isnin lepas, yang juga dibuat dalam bahasa Inggeris,
Ketua Kesatuan kami membangkitkan isu penggunaan bahasa Inggeris di dalam organisasi kami dan meminta untuk dipertimbangkan untuk tidak menggunkan bahasa Inggeris sewaktu townhall, memo dalaman dan sebagainya yang melibatkan staff bawahan.
Tetapi, jawapan nya tentu sekali tidak memihak kepada kami pekerja bawahan. :(

Bagi aku, tak salah untuk belajar dan mendalami bahasa Inggeris. Tak salah juga kalau kita fasih berbahasa Inggeris. Cuma, kita sebagai bangsa melayu, kita ada hak mempertahankan bahasa kita sendiri.

Aku sendiri pun, berusaha untuk belajar bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris adalah bahasa global dan nak tak nak kena jugak tahu sedikit sebanyak bahasa Inggeris.

Aku tengok, cara pihak atasan memperkenalkan bahasa Inggeris kepada organisasi lebih kepada memaksa semua staff berbahasa Inggeris & kalau tak tahu, kau memang tak pandai. Hmmm..

Kenapa tak galakkan staff berbahasa Inggeris dengan adakan minggu bahasa Inggeris, Aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang menggalakkan staff belajar bahasa Inggeris?

Yang penting, aku memang terkilan dengan respon dari beliau sebab beliau sendiri orang melayu, begitu marah dengan permintaan dari orang melayu sendiri yang ingin mempertahankan bahasa Melayu.

Dan, aku adalah generasi pertama yang belajar sains & matematik tingkatan 1 dalam bahasa Inggeris yang ternyata, program tersebut gagal.
Termasuklah aku, gagal juga walaupun aku tahu jika diajar dalam bahasa melayu, aku tak segagal itu.

Aku harap pemimpin yang Melayu, Melayukanlah Melayu.

Tak guna berbangga berbangsa melayu tapi tak tahu berbahasa melayu.

Sekian.

P/s :Ini adalah pendapat aku, pendapat orang lain terserah~



2 comments:

iam.umifuzy said...

Orang Melayu tak boleh bertutur dalam bahasa ibunda tu memang pelik..memang bahasa Inggeris penting tapi sampai bahasa ibunda sendiri tak reti...kelakar sungguh..

Alin said...

Memang kelakar. yang terkilannya, cara mereka mempertahankan bahasa selain bahasa ibunda mereka sendiri. :(