Tuesday, November 14, 2017

Perjalanan TTC | Mencuba untuk Positif & Dapat Positif


Assalamualaikum blog.. haha.. 
blog ni je baca citer aku.. orang takde baca pun.. hahaha
takpe, memang taknak bagi orang baca pun, kalau ada yang lalu & terbaca tu, takpe la. tapi aku tak buat lagi la kerja-kerja promosi blog sendiri.. hehehe..
Alhamdulillah, berkat kesabaran & percubaan menjadi positif membuahkan hasil.. 
kenapa?
Syukur, semalam, DPO 11 aku cuba test OPK & UPT.. dan kedua-duanya menunjukkan positif..
Ye, masih terlalu awal untuk aku happy, tapi aku happy gak.. haha.. sebab at least aku tahu aku boleh mengandung lagi lepas keguguran yang lepas. 
Tak layak untuk aku terlalu berharap terlalu tinggi kerana semua ni Allah yang bagi dan aku serahkan semua nya kepada Allah, Dia lah yang mengabulkan doa-doa aku, Dia lah yang memberi apa yang sepatutnya aku dapat. Alhamdulillah.. Cuma aku berdoa supaya Allah mengekalkan kandungan aku ni dalam keadaan sihat, baik dalam perut ni.. ☺☺☺
Suami aku? tak terlalu eksaited. Kecewa gak tengok reaksi dia, tapi mungkin dia taknak kecewa. kot. ekeleh.. at least bagi le reaksi yang menenangkan.. hmm..
Bawah ni aku share petanda dari awal DPO1 - DPO 12.
DPO 1 - Takde ape
DPO 2 - Takde ape
DPO 3 - Gum bleeding
DPO 4 - sakit pinggang, perut
DPO 5 - Sakit Pinggang, jerawat
DPO 6 - Sakit Pinggang, Sembelit, White creamy
DPO 7 - Sakit Pinggang (sikit)
DPO 8 - Sakit pinggang, sakit perut, lapar, jerawat
DPO 9 - Takde ape
DPO 10 - Craving - Coklat
DPO 11 - Tiba-tiba mimpi seolah mengandung.. huhu.. , Gum bleed, sakit pinggang kiri, penat, lapar, white cream, UPT test- faint positive.
DPO 12 - Sakit perut, UPT positive-pekat sikit.

Itulah dia antara-antara nya.. hihi.. Terima kasih Allah kerana kabulkan doa hambamu ini.. 

No comments: