Friday, November 18, 2016

Kedai Jualan Ikan Kering Soon Cheong Marine

Hai!

hahaha.. sebulan sekali ye kau update blog. 
sibuk la dengan kelas lagi, dengan test, assignment, nak kawin lagi.. huhuhu
tak sempat tau nak update blog ni.. haha..

Alkisahnya, haritu mak aku g kenduri kahwin anak kawan dialisis dia, lauk yang dihidang sotong kering masak sambal. sedap katanya.. 
Lepas dia risik-risik kawan dia tu, kawan dia kata beli kat Kedai Ikan kering Selayang.  Terus mak aku whatsapp suruh cari kedai tu.. hahaha! 

Mula-mula macam biasalah, terikut laki sendiri, search dulu kat internet. haha.. cari-cari dan jumpa la satu blog ni dia bagitahu tempatnya berdekatan dengan pasar borong & NSK Selayang.. Teringat suami aku pernah cakap dia pernah pergi pasar borong  & NSK tu, aku pun bagi la link blog tu kat suami aku dan mengajaknya pergi bersama lalu dia pun bersetuju.. hehehehehe...

Ahad tu, balik dari kelas dia jemput aku dan bawaku pergi cari kedai tu.. hehehe.. dah dalam perjalanan dia pulak cakap lupa jalan.. hahaha.. tapi jalan juga lah, sekali silap jalan dan Alhamdulillah sampai juga kat NSK.. hhehehe.. jalan sikit ke belakang maka jumpalah kedai nya. dia bukan dalam NSK tu, tapi sebelah dia sikit.. hehe.. jom tengok gambar sikit.


Sotong Hitam Besar

Sotong Hitam tak berapa Besar

Sotong Bulat

Sotong Hitam saiz XXL

Ikan Bilis

Ikan bilis borong

Pintu depan kedai.. 

Best kan? macam-macam benda kering ada kat situ, ada ikan kering,ikan bilis, sotong kering, cendawan kering pun ada gak. agak murah jugak la untuk dibeli secara borong. boleh fefeling g langkawi koo. hahaha..

Aku forward gambar-gambar sotong kat mak aku untuk dia pilih. Almaklumla, kalau aku yang pilih confirm kena reject. hahaha.. kami tak sehaluan dalam memilih barang ye. Tu sebab aku tak beli kan mak aku apa-apa... hahaha.. Jadi mak aku memilih untuk beli Sotong hitam besar sekotak (10Kilogram). Harga sekotak besar dapat la RM 200.00.. kena beli sekali dengan ubat dia iaitu sejenis abu. setiap sekilo sotong perlu letak sebiji abu tersebut. jadi aku beli 10 biji berharga RM2++. Sebagai tambahan mak aku kirim ikan talang kering. nak buat masak lemak katanya. seekor ikan talang kering tu dapat RM36++ tertakluk kepada kebesaran ikan tu.. aku amik yang 2 kilo lebih. hehe.  yang lebih-lebih tu, laki aku beli ikan bilis, ikan kering untuk makan buat lauk sendiri. hehe..

Selesai beli belah, kami pun membuat keputusan untuk balik.. haha.. dah tengah malam kann.. esoknya kija.. huhu.. oh ya, kedai ni buka 24 jam.. jadi sesiapa nak pergi tu boleh la pergi sesuka hati masa nak pergi asalkan ada duit. hahaha..

Itu saja kisahnya tentang kedai ikan kering ini dan kami bercita-cita untuk pergi sekali lagi kerana lakiku itu penggemar sotong kering masak sambal. hahahaha.. baruku tahu.. huahahahahahaha.... itulah hikmah ajak dia g ke situ sebab dapat lah kenal laki sendiri punya kegemanaran.. hahaha..

ok, itu saja untuk hari ini.. hehe.. sesiapa nak pergi sini, cari ja NSK Selayang. Kalau jumpa NSK, carilah kedai ni di kawasan sekitarnya.. hihi. 

No comments: