Wednesday, January 22, 2020

Kisah bersama anak | Bawa anak ke Kidzoona Aeon Shah Alam

Assalamualaikum..

Disebabkan baru nak mula berblog semula, kita post la gambar tahun lepas. hehe.
Tak la lama sangat pun, bulan Disember 2019 haritu je.. heheh..
Tarikh masa pergi ni 21 Disember 2019, hari Sabtu, mestila hari mak dia cuti kan kalau nak pergi pun. hehehe

Sebenarnya dah lama dah nak pergi bawa anak ke Kidzoona ni, tapi masa banyak tak mengizinkan. Lagipun, ingatkan nak masuknya mahal. haha. Rupanya tak la semahal yang disangka, mampu masuk la. Waktu aku masuk tu kena bayar RM 18.00 sebab pergi time weekend.  Kalau hari biasa aku rasa lagi murah RM 16 ke RM 15 kalau tak silap aku.  Tapi disebabkan baru pertama kali masuk, aku kena beli member card dulu RM2.  Jadi jumlah aku kena bayar adalah RM20.00.  Menariknya mak bapak FREE.. hehehe.. 

Ni la kad membership tu. Kad ni boleh diguna untuk permainan kat area luar Kidzoona tu.  Ala,, dulu kan guna token, tapi dengan kad ni korang reload je, lepas tu dah boleh main mainan2 kat area Aeon Fantasy tu.  Kena simpan elok-elok kad ni, nanti kalau pergi lagi tak payah la bayar RM2 lagi untuk kad. heeehehe..



Best tak Kidzoona ni? heehehe..
BEST!  aku rasa aku yang lebih teruja dari anak aku sendiri. hahaha... Tapi disebabkan aku pergi tu hujung minggu, maka ramailah umat manusia dalam tu. Bayangkan kanak-kanak dah ramai dalam tu, tambah lagi mak bapak berganda-ganda ramainya. Ada sesetengah permainan tu kena tunggu kalau nak main.  

Bila dah ramai-ramai tu, biasa la kan mesti banyak mainan berterabur, bersepah-sepah terutamanya benda yang kecil-kecil tu kan.  Tapi yang aku kagumnya,  tak lama pun bersepahnya, staff dalam tu sentiasa ada kemas. disusunnya semula mengikut keadaan asal.  Tak kisahlah dalam satu minit lagi bersepah balik, tetap jugak diorang kemas. Dan, paling penting, aku perati muka diorang takde pun nak masam-masam ke, marah-marah ke.. Senyum je. Aku suka, aku suka. haha


Oh ye, berapa lama boleh duduk Kidzoona tu dengan RM18?   Jawapannya sampai tutup.  hahaha.. ye, unlimited ye adik kakak.  Silalah datang dari awal pagi sampai malam. haha..  Kalau laratla korang.  Aku pun masuk dari pukul 12.30 petang sampai pukul 5 petang dah pengsan. kalau ada yang larat dari bukak sampai tutup tu memang hebatlah. hehehe..



Dalam banyak-banyak tempat, aku suka kat Artporn ni, sebab apa yang dilukis kita boleh scan, nampak la lukisan yang tu dalam tv tu.  nampak menarik dan rare.. hehe.. Tapi Nawrah tak dapat pun buat tu sebab kertas dah habis masa tu.  Takpe la, Nawrah pun tak pandai mewarna lagi, lain kali la. heehe

Masa masuk dalam ruang ni, aku dapat tau yang Nawrah suka bola kecik-kecik tu. haha.. asik nak main je bola tu.. hehe.. jadi aku pun beli kan jugak 10 bijik bole tu kat kedai Eco. hihi.. Nanti nak cari khemah bebudak tu pulak letak bola dalam tu. hee.. Mak-mak sangat kan. 


Trampolin ni nawrah ada naik, tapi bahaya sikit la untuk dia sebab dia masih tak stabil, asik terjatuh, tergolek-golek.  haha.. kesian dia. Bukan apa, takut kena pijak je. huhu



Ruang rehat untuk ibu bapa.  Mana-mana mak bapak yang anak dah agak besar dan pandai main sendiri, mak bapak diorang cuma pantau dari sini jela, takkan nak sibuk join anak pulak kan. heheh.. ada kerusi urut disediakan, boleh la rileks2, oh, sebeleh hujung tu ruang mainan untuk baby-baby.  Tak de la, diorang campur ngan budak-budak besar tu kan. 


Yang best nya Kidzoona ni, ada banyak gerai-gerai untuk anak-anak berangan. haha.. alah, mak-mak dulu pun macam ni jugak, cuma masa mak-mak kecik dulu guna mangkuk periuk nenek2 kat dapur. hahaha.. Kat kedai patisserie ni, ada banyak pilihan kek mainan seperti dalam gambar yang ditunjuk tu, siap ada mesin cash lagi. haha.. cuma tak ada duit je dalam mesin tu.  Bagusnya, mengajar anak-anak untuk mengira menguruskan order.  Mana tau besar nanti jadi bakers ke kan. hehehe


Hospital pun ada ok, heehehe.. siap ada ubat-ubatan tipu-tipu, dengan statescope, picagari, dan lain-lain la.. sepatutnya baju doktor pun ada tapi masa tu tak ada pula, mungkin dicuci kot sebab kat situ tak silap aku ada tulis baju tu akan dibasuh berapa kali seminggu tah, tak perasan.






Burgershop, Sushishop, icecream shop, Supermarket.  Sangat-sangat menarik untuk anak-anak main & kembangkan imiginasi mereka.  Untuk Nawrah, dia kan tak faham lagi sebab baru setahun lebihkan, kami perkenalkan dia dengan nama-nama benda yang ada kat setiap gerai tu la.  

Contohnya kat burgershop tu ada roti, ada daging burger, kentang goreng, kat sushi tu kami tak pergi sebab ramai sangat peminat sushi. haha. kat supermarket paling kerap pergi sebab dia kat tengah-tengah & jarang bebudak datang. ada buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tu, jadi aku perkenalkan la buah & sayur dekat dia.


Kepuasan seorang mak. haha.. dapat bawak anak ke tempat permainan. hihi







Sebelum balik, masuk lagi sekali dalam bola kecik.  heehehe.. nampak tak betapa sukanya nawrah dengan bola kecik. heeehe

Masa dalam perjalanan balik. nampak pelangi besar. cantik.


Kesimpulannya, insyaAllah aku akan bawa anak aku pergi main kat sini lagi sekali. hehehe.. yang penting, kalau nak pergi jangan lupa bawa sekali stokin. kalau tak kena beli. heee..

Lagi satu, kalau boleh nak  pergi tunggu la wabak-wabak yang tengah viral sekarang ni reda.  sebab tempat-tempat macam ni agak mudah untuk penyakit tersebar.

okeh, itu saja, jumpa lagi di lain post!

No comments: