Friday, November 17, 2017

Perjalan TTC | Usaha Semasa Cycle 2

Walaupun aku berserah Rezeki anak tu pada Allah, tapi aku sulam jugak dengan usaha-usaha yang sepatutnya untuk aku hamil.
Allah sememangnya dah tetapkan rezeki kita, tapi, Allah juga nak kita berusaha dan berdoa.
Alhamdulillah, aku yakin Allah nampak doa & usaha aku, dan aku yakin Allah dengar doa aku.
Terima Kasih Allah!
Antara usaha yang aku buat :

👉 Suruh mak doakan. Yang ni insyaAllah mujarab doa ibu kan.  

👉 Minta doa dari orang yang nak pergi ke Mekah.  Yang ni aku minta dari kawan pejabat aku, Kak Zah yang pergi Umrah pada 6/11/2017.

👉 Cycle ni memang aku tak minum ais.  Bersungguh aku tahan.. Alhamdulillah bertahan juga. hehe

👉 Banyak makan sup / benda-benda panas.  (dalam fasa 2ww)

👉 Banyak makan sayur & buah-buahan.

👉 kurangkan aktiviti berat (dalam fasa 2ww)

👉 Kurangkan stress. Walaupun aku jenis memang stress tak tentu pasal, tapi aku kawal gak la walaupun kekadang ter setress gak.. haha

👉 berkasih sayang dengan baby.  Yang ni aku rasa lebih pada nak tanamkan rasa keibuan kot. Ada jugak aku buat kat anak-anak buah aku, Faris & Aydin. walaupun diorang macam tak nak je kat aku. hahaha

👉 Mohon sungguh-sungguh pada Allah untuk hadiahkan zuriat pada aku. Alhamdulillah, bulan 10 & awal bulan 11 aritu musim hujan. Hujan Rahmat ❤❤❤❤

👉 Selalu-selalu tengok video proses implantasi.  sambil-sambil tu bayangkan & doakan proses tu berlaku dalam diri sendiri.

👉 Selalu fikir positif. Ini betul. masa aku dapat tau ada orang mengandung je dulu, sakit gila aku rasa hati ni, tapi aku positifkan diri, cakap insyaAllah aku pun akan ada juga, so the next berita orang mengandung, aku rasa happy je & siap suruh dia lak doakan aku. heheh.. Alhamdulillah.

👉 Pada waktu subur, gunalah Conceive Plus. aku ada tunjuk kat beberapa pos yang lalu. carila. hehehe

👉 Untuk tahu waktu telur dijangka keluar, gunalah OPK strip, insyaAllah ko akan membenih pada waktu yang sesuai.. hahaha..

👉  3 hari sebelum period aku test UPT & faint positif!! dan line tu semakin terang.. Alhamdulillah.. syukur... 

💖💖 Aku doakan semua TTCians berjangkit dengan aku💖💖
AAmin

No comments: