Assalamualaikum....
eh, dah lama tak nulis kat sini kan..
sibuk sikit, hehehe
Sekarang dah pun bulan 4, bermakna kandungan aku dah masuk 26 minggu dah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah aku dapat juga berpeluang merasai pengalaman ini.
Baby pun duk aktif menendang-nendang mak dia.. haha.. Walaupun tak selesa tapi aku bahagia.
Okeyla,, sedikit kronologi macam mana aku boleh terjebak dengan TTC ni.. huhu..
Sebenarnya aku boleh dikatakan cepat la jugak ngandongnya, huaahaha.. 6 bulan lepas nikah aku dah disahkan mengandung.. mula-mula terkejut jugak sebab macam tak berapa prepared atau yang sebetulnya tak sangka mengandung.. hahahahaha...
Tapi kandungan tak bertahan lama. 19 minggu dalam kandungan Adam telah terberhenti jantungya. tarikh nya takkan aku lupa 27/4/2017. Aku telah melahirkan adam yang tak bernyawa secara induce dengan berat 200 gram.
Seperti bersalin, aku berpantang selama 44 hari termasuk bersama suami. Tarikh luput pantang aku adalah 10/6/2017. (siap ada tarikh luput.haha).
Menurut doktor, aku perlu merancang selama 6 bulan selepas keguguran untuk memulihkan rahim aku semula.
Selepas berpantang aku mula merancang. Cara merancang dengan merancang sendiri, tak makan ubat. (Ini sebab kitaran haid aku teratur, jadi mudah la kira. hehe).
Susulan dari keguguran aku perlu lakukan ujian MGTT & thyroid untuk mengetahui adakah itu punca-punca baby Adam pergi. Alhamdulillah, kesemua ujian adalah NEGATIF.
Pada 14/8/2017, aku pergi ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk mengetahui punca baby stop develop. Doktor mendapati terdapat salur darah yang tersumbat pada placenta yang menyebabkan nutrien tak dapat disalurkan ke baby. Punca menyebabkan salur darah tersumbat tidak dapat diketahui kerana aku tiada darah tinggi, kencing manis, thyroid & lain-lain. Doktor pun mengesahkan bahawa ia adalah unknown reason. Berita baiknya, aku dah boleh cuba untuk mengandung lagi.. yeay, alhamdulillah...... :)
Bermula bulan 9, aku mula ber TTC dengan OPK.. tapi tak begitu serius kerana masih lagi ada sisa-sisa trauma dengan kejadian lepas, jadi tak lah mengharap sangat.
Pada bulan 10, aku mula ber TTC dengan serius sebab tak sabar nak baby.. hihi.. Aku guna kan OPK strip untuk percubaan TTC. Aku juga mengamalkan makanan yang baik untuk fertility seperti sayur brokoli, susu kambing, banyak makan sup, tak makan fastfood & lain-lain berkaitan. Alhamdulillah,, Bulan 11 aku tak datang period hingga lah hari ini. :)
![]() |
Ni la antara usaha aku untuk bulan 10.. :) Selepas disahkan mengandung banyak proses yang aku lalui antara nya pemeriksaan kesihatan di dua tempat iaitu Hospital & Klinik Kesihatan. (Nanti cerita kat entri lain) Itu jela kronologi nya. hehehe.. semoga kandungan ku ini bertahan dan selamat dilahirkan dengan sempurna & sihat. aamiin.. aku pun mendoakan yang berTTC turut dikurniakan berita gembira pada tahun ini.... aaminn... :) |
No comments:
Post a Comment