Thursday, April 19, 2018

Perjalanan TTC | OPK Strip

Assalamualaikum...
Hai Hai Hai..
Ceewahh.. hahah..
Hari nak bercerita pula la pasal cubaan mengandung guna OPK strip. Nama panjang bagi OPK strip ini ialah OVULATION PREDICTOR KIT.. haa gitu..

Cara nak buat test ni sama je dengan pregnancy test cumanya dia tak dibuat pada urine yang pertama. Waktu yang sesuai nak buat test ni adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Seeloknya berpuasa AIR 2 jam sebelum test dibuat & WAJIB pada waktu yang sama setiap hari.

Macam aku, aku buat setiap hari selepas balik kerja. Disebabkan waktu aku sampai rumah sentiasa konsisten, aku buat keputusan buat test masa tu lah. Senang kira.. hehe.. 
Contoh : Biasanya aku sampai rumah pukul 7 petang, dalam pukul 5 petang aku dah start tak minum air.  faham tak?

Lepas tu, dah dapat result, tampal kan dalam buku nota supaya boleh detect waktu ovulasi.  Kalau ikut kitaran haid yang normal, waktu ovulasi antara CD14-CD15. Jadi, boleh mula celup OPK sekitar CD 10.  Tapi aku biasa start CD 6 sebab exited sangat.hehehehe

Oleh kerana kitaran haid aku 28 hari (dikira normal) biasanya aku akan dapat double line pada CD14 atau CD15. masa tu dah boleh mula BD selang sehari. INGAT!! bila dah double line, tak semestinya korang dah ovulate tapi tu sebagai penanda yang ovum bakal pecah dalam masa seminggu tu.. Sebab tu lah kena BD selang sehari seminggu selepas dapat double line tu.

Lepas seminggu tu, stop BD & masa tu dah masuk fasa 2WW.  Kalau telur ko bertemu ngan sperm, waktu tu la mereka tengah proses.  Keputusannya tunggu la waktu period, sama ada stop period atau tak.. jeng jeng jeng.... hehehe

Nak beli mana OPK Strip ni? 
Kalau aku, aku cari kat LAZADA je senang.. haha..
sebab kat situ banyak ada jual.  Biasanya diorang jual pakej sekali dengan pregnancy test. 
Mana yang nak cuba tu boleh la try cari. Malas nak cari, korang klik je gambo bawah ni.. dah siap link aku sediakan. hahah.
Antara contoh OPK Strip. Boleh cari di LAZADA.





No comments: