Melah dan Temah merupakan sahabat baik dan baru sahaja menamatkan zaman kolej mereka. Selepas menerima sijil pengiktirafan, mereka bercadang untuk mencari pekerjaan di negeri mereka. Oleh kerana masih ‘blur-blur ayam’ nak carik kat mana, Melah mencadangkan untuk pergi mencari di Firma berdekatan dengan tempat tinggal mereka sahaja..Namun setelah sampai di sana jawapannya sangat menghampakan kerana mereka perlu mengisi borang melalui kaedah ‘online’ almaklumlah,,zaman IT kan ..... dengan hampanya mereka keluar dari tempat itu dan ingin mencari di kawasan Bandar pula.
Alkisahnya, mereka berdua menunggang motorsikal secara berasingan. Si Melah masih lagi menggunakan lesen L manakala si Temah telah lebih 3 tahun dikurniakan lesen. Tetapi secara kasar dapat dilihat si Melah lebih expert mengalahkan mat rempit bawa motor. Dengan kekuatan mental dan fizikal, si Temah yang penakut itu telah bersetuju untuk menunggang motorsikal ke kawasan Bandar demi untuk sesuap nasi pekerjaan yang halal.
Agak membanggakan bagi si Temah kerana beliau dapat menunggang motorsikal dengan jayanya walaupun agak lembab di situ. Haha..kasihan Si Melah kerana terpaksa menunggu si Temah melintas jalan yang memang menjadi musuh utama si Temah. Dalam hati Si Temah amat kagum dengan kesabaran si Melah. Tiba di Bandar mereka telah pergi ke pejabat-pejabat untuk menghantar resume dan berdoa supaya dipanggil untuk temuduga.
Setelah selesai menghantar resume di pejabat-pejabat berkenaan,, mereka terus ke kawasan perindustrian. Si Temah mencadangkan agar pergi ke kilang E kerana seorang kenalannya ada memberitahu tentang kekosongan di kilang tersebut(bahagian ofis). Agak malang bagi mereka kerana tiada tempat parking yang kosong untuk mereka. Tiba-tiba Melah ternampak dua ruang kosong di tepi sebuah longkang seolah-olah khas untuk mereka lalu dengan bangganya mereka mengambil keputusan meletakkan motor mereka di situ.
Setelah merasakan motor mereka selamat diletakkan, tiba-tiba Melah ternampak sekumpulan kerengga yang sedang bekerjasama dalam menjayakan majlis mereka. Oleh kerana terlalu teruja,, Melah ingin mengkhabarkan cerita tentang kerengga tersebut kepada si Temah sambil membuka sweater yang membalut tubuhnya ketika menunggang motorsikal. Tanpa menoleh kearah si Temah, si Melah memulakan kata “ eh, kau tengok kerengg..........temah!!!”....tanpa menghabiskan ayat si Temah mencampakkan sweaternya entah ke mana-mana kerana..................
Gedebuk!!!si Temah telah jatuh dari motornya dan terhumban ke dalam longkang....sungguh menyayat hati. Semuanya gara-gara kain yang dipakainya tersangkut pada tongkat. Si Temah bernasib baik kerana Berjaya berpaut pada tebing longkang tersebut dan hanya kakinya sahaja yang masuk ke dalam longkang tersebut. Dalam keadaan tergamam itu si Melah membantu si Temah untuk keluar dari tersebut. Agak malang kerana Vaselline kesayangan si Temah tidak dapat diselamatkan.
Setelah bersusah payah untuk bangun dan “coverline” (takut orang nampak) si Melah yang risau akan kawannya menanyakan tentang keadaan diri si Temah sama ada cedera atau tidak, namun si Temah dengan sengal nya menyoal si Melah dengan soalan ;- “weh, tudung aku elok tak??”...dengan perasaan yang geram bercampur rasa macam nak hempuk kawannya itu, si Melah pun marah-marah manja kepada si Temah kerana memikirkan keadaan tudungnya sahaja daripada kakinya yang agak sakit ketika itu. Setelah menyatakan keadaan kakinya yang masih boleh beroperasi, mereka mengorak langkah ke pejabat kilang E tersebut.
Selesai di situ, mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja kerana telah letih dan terperanjat. Lagipun kain si Temah sudah koyak rabak akibat jatuh tadi. Sepanjang perjalanan, si Melah tidak dapat menahan gelak kerana teringat peristiwa tersebut dan bersyukur kerana si Temah tidak mengalami kecederaan yang agak serius. Si Temah pula mengalami konflik dalaman hati kerana motor yang digunakan agak teruk rosaknya dan motor itu juga kepunyaan ibunya. Hatinya berasa sangat takut memikirkan reaksi ibunya yang agak brutal apabila mendapat tahu tentang peristiwa itu.
Tiba di satu warung, si Melah mencadangkan agar mereka berhenti untuk minum air menghilangkan rasa terkejut yang tidak sudah dari tadi. Mereka hanya memesan air kosong kerana tidak mempunyai selera untuk menelan selain air kosong tersebut. Si Temah yang terlalu takut tadi memberitahu si Melah tidak mahu pulang ke rumah kerana takut akan dimarahi oleh ibunya. Si Melah telah memujuk si Temah untuk pulang juga dan menceritakan hal sebenar kepada iunya. Lalu untuk menenangkan si Temah si Melah telah mengajak si Temah ke CC untuk menyejukkan badan.
Dalam perjalanan ke CC, satu lagi kejadian tidak diingini berlaku apabila motor si Melah tiba-tiba pengsan dan tidak mahu hidup, puas dipujuk dan dirayu, masih lagi tidak boleh hidup. bDengan perasaan terharunya si Melah terpaksa menyorong motornya untuk mencari bengkel berdekatan. Si Temah membantunya mencari bengkel dan akhirnya terjumpa sebuah bengkel dan meminta tolong pemilik bengkel tersebut melihat masalah motornya itu. Rupa-rupanya penutup minyak hitam terbuka. Begitulah wanita, hanya tahu menunggang motorsikal sahaja. Huhu.
Mereka meneruskan perjalanan ke CC meng “update” status kejadian di laman sosial “facebook” tentang kejadian hari tersebut. Kebetulan, adik kepada si Temah pun sedang online dan terbaca status tersebut. Dia mengesyaki sesuatu berlaku kepada kakaknya tetapi hanya berdiam diri. Setelah selesai meluahkan di fb, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing.
Setibanya di rumah, dengan perasaan takutnya si Temah melangkah masuk dan memberi salam, adiknya menjawab salam tersebut manakala ibunya sedang tidur di bilik. Si Temah menjadi semakin gelisah kerana ibunya lambat bangun untuk menceritakan peristiwa tersebut lalu terus memberitahu kepada adiknya tentang peristiwa tersebut dan adiknya berkata “abisla ko kena marah ni karang”...lagi bertambahlah takutnya si Temah.....dan....
“ehem”...Tiba-tiba terdengar suara ibu Si Temah batuk menandakan waktu berbuka ibunya telah terjaga dan Temah meluru masuk ke bilik ibunya dan dengan segera menceritakan peristiwa tersebut... dengan sedikit terperanjat ibunya bertanyakan dengan detail kejadian tersebut. Si Temah berasa sangat terharu kerana soalan yang keluar dari mulut ibunya adalah “ko tak apa-apa ke??” mengantikan soalan “abis motor macam mana??” yang bermain di fikirannya sebelum ini. Ibunya juga memberi kata-kata perangsang kepada si Temah..ayatnya lebih kurang begini “inilah pengalaman. Kita akan hargai sesuatu bila kita pernah merasa susah dan sakitnya jatuh itu”...huhu...sangat mengharukan.
Itulah kisah antara dua sahabat yang melalui saat getir untuk memulakan kehidupan sebagai seorang insan. Sekarang kedua-dua mereka telah pun mendapat pekerjaan di tempat berdekatan mereka dan mengharap akan ada peluang lebih baik untuk mereka di masa hadapan. Semoga kita sentiasa bersemangat dan berusaha untuk mencapai sesuatu walaupun pernah terjatuh berkali-kali.
P/S : sangat berharap akan ada kisah si Temah memandu kereta pula..heheh
1 comment:
hahahahah...cam shiaaaalllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment