Monday, March 9, 2020

Dilema | Memasak sebelum pergi kerja atau selepas balik kerja?

Kitchen, Kitchenware, Accessories, Cooking, Interior

Sape mak-mak?
.........
Sape istri-istri?
...........
Hehehehehe..
pernah tak korang berada dalam dilema macam aku? 

Service, Chef, Seafood, Food, Cooking, Hot, Souse, Cook

Sama ada masak sebelum pergi kerja atau lepas balik kerja, dua-dua aku dah buat.
Dulu, masa anak aku kecik lagi, dalam usia sebelum setahun, aku masak sebelum subuh.
Aku rasa praktikalla juga sebab balik kerja penat-penat aku dah tak payah pikir nak masak lagi.
AKu bangun pagi-pagi, masak untuk anak, masak untuk laki, sekali dengan bekal pergi kerja. hehe.
Dapat juga berjimat disitu kan.

Woman Hands, Cutting Vegetables, Cooking, Cook, Fruit

Tapi lepas anak aku setahun, kami suami isteri buat keputusan nak hantar anak ke Taska. Nak bagi anak berkawan katanya. heehe.
Sebelum ni laki aku jaga sendiri. 
Tapi bila dah besar kesian pulak dia takde kawan. Jadi kami hantarlah anak kami yang comel tu ke taska.
Dan, bila dah pergi taska dengan serta merta aku pencen masak pagi sebab anak aku dah makan kat taska siang tu. hahaha
Awal-awal aku rasa lega lah.
Tapi bila lama-lama rasa stress pulak. huhu

Person Pouring Sliced Spices from a Chopping Board to Black Bowl

Yela, aku duduk di Sg Buloh, Kerja kat KL, balik kerja je dah penat.
Anak pulak balik je nak makan. Nak tak nak kena juga la aku masak. huhuuu..
Kadang tu letih, malas nak masak, tapi kenangkan anak, masakla jugak. 
Laki takpe, dia dah makan kat luar. hahaha

Person's Chopping Onion

Jadi, untuk elakkan burn out berlaku, aku rasa macam nak ubah balik waktu memasak pada waktu pagi. 
Dalam pukul 4 tu aku dah bangun, masak2 semua, pukul 6.20 dah boleh gerak pergi kerja.
Balik tu aku dah boleh rehat dah. huhu. 
Betul ke keputusan aku tu? ko rase?huuhu

Photo Of Woman Holding Pan

Ade tak mak-mak dalam dilema macam aku? jom share sikit. 

P/S : Semua gambar cilok dari Google. 

No comments: