Friday, February 7, 2020

Pengalaman Mengandung & Bersalin

Ok, seperti yang dijanjikan. (dah janji kena tepati.hehehewww)

Alhamdulillah, pengalaman mengandung & bersalin untuk anak perempuan sulung ni sangat mudah & dipermudahkan. Syukur. heee
Walaupun banyak pemeriksaan kesihatan di klinik & hospital dibuat sebab sejarah keguguran 19 minggu sebelum ni. 

Pengalaman semasa mengandung

Ok, bercerita pasal pemeriksaan semasa mengandung (checkup). Biasanya ibu-ibu checkup kat KKIA je kan?  aku ada tambahan sikit. hehehe.. setiap bulan kena pergi buat scan n jumpa pakar di Hospital Sungai Buloh untuk monitor keadaan baby. Masa appointment hospital tu pun aku dibekalkan dengan Aspirin untuk mencairkan darah sebab punca Adam meninggal dalam kandungan kata doktor disebabkan saluran darah tersumbat dari plasenta.

Awal-awal mengandung tu aku takde lak mabuk teruk. cuma aku lembik dikala malam je.. hahaha.. bila malam je, waktu dah balik kerja terus aku tak boleh buat apa. tergolek jela. mandi pun delay.. haha.. bukan malas. tapi entah la ek.. automatik malam jadi camtu.. heeeheheh..

Dulu masa Adam, aku paling menyampah kat laki aku.. hahaha.. tak boleh tersilap sikit, kena marah je laki aku tu.. huaahaha.. sampai laki aku pun terasa bini dia dah hilang. dah tak serupa bini ler tuh. hahaha.. Tapi kali ni, aku takde rasa nak marah pun laki aku. ok jer.. hiihi.. laki pula aku tengok yang sensitif lebihhh.. huahaha.. terbalik sudaa.. mungkin anak perempuan kot.. heheheh..

Habis episod mabuk, mula la episod selera. hahaha.. sepanjang mengandung tu takdela ape sangat. makan jela keje nya. hihih.. tapi jaga-jaga jugaklah. Karang sangkut kencing manis pulak. Huhu. Tapi yang akunperasan sepanjamg mengandung aku tak boleh makan mee kuning dengan spegeti & adik beradik dia. Kalau aku. Makan mesti sakit perut sesangat. Risau juga kan.

Disebabkan pengalaman lalu, aku lebih berhati-hati untuk kandungan kali ni. Takut sangat kehilangan. Tapi jaga macam mana pun tetap juga ada halangannya kan. Mula je masuk hujung trimester kedua, ada keluar darah! Takut weh. Cepat-cepat ajak laki aku pergi klinik untuk tengok keadaan baby, Alhamdulillah ok, kebetulan masa scan tu waktu azan, baby elok duduk bersujud. Hee.. Minggu ke 23 atau 24 la mcm tu. Tak sabar je masa tu nak tengok dia.

Segala kelengkapan baby aku beli pada trimester kedua. Aku banyak beli. Part kegunaan harian, mcm tilam, bantal, katil, lampin, banyak lagi la, sampai aku pun lupa. Haha.. Bedung, barut akunjahit sendiri khas untuk anak tersayang. Huhu. Ada yang kata perempuan mengandung tak boleh menjahit nanti melekat la, jari xcukup la hape la... Mula2 aku takut juga, tapi aku geram je tengok mesin jahit tu, aku jahit jela sampai terlajak jahit sehelai baju mengandung aku. Hahaha... Alhamdulillah, anak aku cukup sifatnya & takda langsung masalah waktu persalinan.. Hehe

Oh ya, aku tak sebut baju kan. Aku ada juga beli serba sedikit baju baby. Tapi banyak baju mokde & nenek kepada anak aku tu yang banyak beli. Hehe.. Teruja sangat nak sambut cucu perempuan
sulungbdalam keluarga kami. Heee...

Sepanjang tempoh mengandung, aku memamdu ke tempat kerja. Bayang kan la sg buloh - kl.. Penat jugak la sampai kan aku mintak suami aku jemput & hantar waktu akhir-akhir mengandung tu. Tapi tak sempat sebab aku dah beranak awal. Bheehe

Rasanya itu sahaja kot sedikit sebanyak pengalaman mengandumg aku. Nanti aku sambung untuk pengalaman bersalin pulak. InsyaAllah aku buat secepat mungkin sebab aku paling suka moment-moment persalinan aku itu.. Heee

Bye.

P/s : waktu artikel ditulis, anak aku genap usia 1 tahun7bulan




No comments: