Thursday, February 6, 2020

Blogger ke Vlogger? 🤔

Assalamualaikum.... 
Ok kawan-kawann.. 
Jom kita sama-sama bincangkan. Hahaha.. 
Kalau ikut pendapat korang, mana lagi korang prefer? 
Blogger atau vlogger? 

Hmmm.. 
Hmmmmm.. 

Kalau ikut aku, ni aku punya pandangan jela ye. 
Jawapan sebenarnya depends pada pendapat masing-masing. Hehe
Yela, manusia kan diciptakan unik. 
Ada yang suka jadi blogger, ada yang suka jadi vlogger. 

Kalau ikut aku punya pilihan, aku suka untuk menulis, sebab aku adalah seorang yang INTROVERT. haha. 
Of course la aku tak boleh nak bercakap dalam kamera. Lagi-lagi rakamkan sendiri punya cakap. 

Lagipun, bila aku menulis, idea lebih banyak datang, boleh tapis dulu apa-apa sebelum menulis. 
Dan yang penting, masa sekolah dulu penulisan aku dapat A. Hahaha.. Takkan la nak sia-siakan bidang penulisan aku yamg dapat A tu kan. Hahaha.. Alah, gurau jee.. Hehehe.. 

Tapi  Aku ada juga cita-cita nak buat vlog. Cuma belum yakin. Hehehe... 
Sesiapa yang memilih untuk ada channel youtube untuk ber vlog ni memang aku kagumlah! 
Sebab, keyakinan, keberanian bercakap dengan kamera seorang diri, explain macam-macam secara spontan. 

Teringin juga nak punya keyakinan macam tu, tapi terbatas dengan keyakinan diri yang kurang. Huhu

Sebenarnya aku ada akaun youtube & dah upload beberapa video tapi bukan cakap la cuma video saja2 je. Hehehe.. Tula tengok orang buat aku nak buat, tapi malu tu menguasai. Hehehehee

Kesimpulannya, blog atau vlog dua-dua ada kebaikannya.. Kedua nya adalah platform untuk pengguna-pengguna mencari maklumat. Blog untuk yang suka membaca, vlog untuk yang sukakan visual bergerak.. Jadi, keduanya berguna. 

Dan, 

Yang paling PENTING, keduanya digunakan untuk menyalur maklumat yang betul......... 

Sekian. 😘

No comments: