Tuesday, May 9, 2017

Kronologi Muhammad Adam

Januari 2017

Mendapat berita yang mengejutkan apabila adik aku kemalangan yang menyebabkan patah kaki & tangan. Terus bergegas ke hospital dari KL.  Perasan yang dah seminggu tak datang Cik P pada hari itu...  Bagi tau suami, suami kata nanti ada la tu, mungkin stress kot nak exam lagi, aah ek, esoknya aku ada exam.. mungkin ye jugak.. Jadi persoalan dibiar begitu sahaja.

Hari-hari dilalui seperti biasa...sampai lah hari terakhir peperiksaan, aku tak lagi datang bulan,, aku pun beli upt test dan mencubanya.. POSITIF!.. terkejut aku. haha.. Alhamdulillah, syukur sangat masa tu, bagi tau suami dan dia pun terkejut gak.. muehehehe.. tak nak terlalu gembira sangat aku biar je dulu, nak pergi check klinik dan akhirnya klinik pun sahkan nya...

Dan, aku kongsikan berita gembira ini ke family aku, mereka bersyukur dan dapat juga berita gembira yang adik ipar aku pun mengandung juga. maksudnya akan ada 2 orang baru dalam keluarga aku tahun ini..

Februari 2017

Pengalaman mengandung pertama aku lalui dengan indahnya. tak ada alahan teruk, tak ada muntah, selera makan power, hahah.. cuma malam je la aku terlalu penat. Mungkin sebab banyak drive kot. tu yang malam malas je.. hehehe. dan mendapat pelepasan dari suami untuk tidak memasak sepanjang tempoh trimester pertama. hihiihi.. 

Oleh kerana tak ada alahan apa-apa aku bebas pergi jalan-jalan sampai ke bukit tinggi nun. siap bermalam di Dusun Nora lagi.. hehehehe... suami kata amik masa berdua dulu sebelum bertiga.

Mac 2017

Menjelang akhirnya trimester pertama, aku sabar menunggu kerana berakhirnya tempoh berisiko untuk ibu-ibu mengandung. dah boleh perasan tak ngandung la, sebab kandungan dah kuat. kata orang la, tapi aku tetap berhati-hati jugak.. hehe..

Bulan ni agak sibuk la sebab aku nak start class & macam-macam hal lagi. Hari-hari mengandung seperti biasa. cuma sakit-sakit pinggang jela.

April 2017

Akhirnya lepas juga trimester yang pertama & telah masuk ke trimester yang kedua, oh ye, buku pink dah buat pada minggu ke tujuh.  setakat ni progress baby berjalan lancar, pergi scan dah nampak kenakalannya. hihi.. dia menonggeng2 je tiap kali scan.

doktor kata baby ok tapi uri masih lagi rendah & doktor note kan kat buku merah tu.

Tiba-tiba, pada hari cuti umum Pertabalan yang Dipertuan Agong haritu, waktu nak mandi, ada sikit sangat ketulan darah yang keluar semasa aku nak mandi. Aku anggap tak ada apa-apa sebab sekali je tu keluarnya. aku biar je.

Esoknya, darah masih lagi keluar pada waktu pagi. dah mula rasa tak sedap hati. masa tengah kerja whatsapp suami bagitahu balik nanti nak pergi ke klinik. nak tengok baby ok ke tak. suami setuju. Balik tu kami pun pergi lah ke klinik untuk scan. Awalnya tak ada doktor pun nak scan tapi orang klinik tu panggil juga doktor, kebetulan  rumah doktor tu berdekatan dengan klinik.

Doktor sampai, dan mula scan, lama doktor scan sambil tanya-tanya sejarah keluarga semua, dan doktor cakap, "saya dah pusing banyak kali scan ni, tapi saya tak nampak heartbeat baby".. Aku tergamam. suami aku pun.. tak percaya.  Doktor suruh aku bersabar dan meminta aku untuk segera ke Hospital.

Setelah siap borang rujukan ke hospital aku & suami segera ke bahagian kecemasan & aku dihantar ke unit EPAU untuk pemeriksaan lanjut.  Setelah diperiksa & discan, doktor di hospital juga mengesahkan tiada lagi denyutan jantung bayi yang aku kandung ini.

Doktor menasihati aku untuk mengeluarkan janin secara induce kerana  telah meninggal kira-kira seminggu lepas. dan alhamdulillah, proses mengeluarkan nya  sangat mudah walaupun sakit. haha

Seperti tak percaya. Hari-hari yang aku lalui sepanjang tempoh trimester pertama segalanya berjalan dengan lancar tapi tak bertahan pada trimester kedua. sangat sedih kerana janin tersebut telah lengkap semuanya, dan telah pun berjantina, Lelaki.  Kami beri nama Muhammad Adam kerana dialah manusia pertama yang aku lahirkan.

Tipulah kalau aku tak terkilan dengan kehilangan. anak pertama, kandungan pertama, yang memang dinantikan. tapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya, walaupun sukar, aku mencuba untuk redha.  Syukur mendapat suami yang sangat menyokong dan membantu.

InsyaAllah, perancangan Allah tu terbaik & Aku yakin Allah akan memberikan yang lebih baik untuk aku.

Kepada Muhammad Adam, ibu bersyukur kerana Muhammad Adam memberi peluang untuk ibu merasa pengalaman mengandungkan Adam hingga ibu nampak fizikal Adam,, walaupun dah tiada, Adam tetap ibu sayang & Adam lah anak sulung ibu ayah..

:)

P/S : Diagnosis awal dari doktor, Muhammad Adam mengalami hydrops fetalis yang mengakibatkan badan bayi bengkak. sample uri telah diambil & keputusan akan diketahui bulan Ogos nanti. 

No comments: