Tapi jawatan aku ni kan Pembantu Peribadi kat pejabat. Haruslah aku kena buat kerja-kerja PERIBADI yang berkaitan dalam pejabat aje..
Ni semua kerja Peribadi dalam kain kau pun aku jugak nak kena buat yek.
Buat keje sekolah anak ler, amik kuih bini kau tempah ler, amik kerepek bini kau le, carik tempat makan best kau ler, makanan kau tertinggal pun kau nak suruh aku amik kat kedai, kau nak pergi family day pun aku yang pergi bayar,. APEKEJADAH NYE INI SEMUAA!!!!!!!!!
Kau memang betul-betul menyusahkan.
Kalau setakat buat air pepagi tu, ok la lagi. memang tau ler tu keja aku. tapi kalau dah melibatkan anak bini kauuuuuu... memang tak bole la diterima akal weyyyy...
Satu hari nanti anak kau pun bakal bekerja. Harap-harap anak kau rasa apa yang aku rasa. dan harap-harap kau insaf la ye. huh.
-BENGANG-

No comments:
Post a Comment