Kita dah pun masuk ke tahun baru Islam pada 1 Muharam 1438 haritu, tahun Masihi pula 2 Oktober 2016..
Pada hari tersebut semua negeri di Malaysia telah mengambil cuti Umum untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah tersebut. Memandangkan 1 Muharam telah jatuh pada Hari Ahad, jadi cuti dibawa ke Hari Isnin lah. 3 Hari la cuti. hehe..
Jom kita tengok peristiwa hijrah yang membawa makna besar dalam Islam. Aku copy paste dari blog bro ni.. hehe
Gambar dari Google |
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail
(as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail
memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk
seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan
Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda
menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda
segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun,
kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum
kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi
mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar
dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai
Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut
dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira
12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun
Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat
Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda
supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui
sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda
dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin
Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda
perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam
itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui
lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah
(SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka
pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat
melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka
terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga.
Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat
persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma,
serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua
di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum
Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak
memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di
dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang
burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada
bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk
pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka,
Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai
untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah
gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah
berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara
itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW).
Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah
SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang
menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika
Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah
berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin
mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira
dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di
Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku
ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20
September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan
benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan
mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua
keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula
membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di
kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut
segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke
Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun
peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah
hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu
banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
HIJRAH UNTUK AKU
InsyaAllah, aku juga akan berhijrah sempena Tahun baru Hijrah ni.. Nak jugaaaak... hahaha.. eh, mestilah, aku nak berhijrah dari rumah sendiri ke rumah suami.. hahahahahah.... tengah nak siap-siapkan barang untuk berpindah dari Kuala Lumpur ke Selangor.. Wiwiwiwiwi... Lepas nih takde lagi dah PJJ.. hahaha.. Seronok-seronoks nye.. Semoga dengan penghijrahan aku memberi beribu-ribu lemon makna untuk aku dan keluarga aku..gedik je ucapan.. padahal dah kawen memang le kena pindah.. hahaha...
CERITANYA......
Sebelum bermulanya cuti haritu, Somi aku ada bercadang nak pergi berjalan-jalan.. ala-ala pre-honeymoon gitu,, aku pun beriya la, heksaited sebab nak berjalan kan.. gila kau tak suka..
Tapi kan, kita merancang, Allah yang menentukan,, esoknya, somi aku demam pula tiba-tiba.. Kesian.. terpaksa lah tangguhkan jalan-jalan tu, jadi kami duduk lah di rumah & kami pun duduk lah di rumah senyap-senyap.. hahahaha.. Aku pun buat la keje-keje uma mana yang ada, masalah nya tak siap-siap sampai harini.. ahahahahaha..
Rupanya, si somi demam sebab infection,, semalam dah pergi klinik & dapat antibiotik semua, semoga suamiku cepat sembuh dari infection tersebut.. hmmm hmmm... boleh berceria-ceria selalu.. takdelah pergi econsave muka cebek je.. hahahahaha...
itu jela cerita ringkas nye, mane leh pepanjang.. penat nak taip. huahaha..
No comments:
Post a Comment