Orang selalu cakap rambut adalah mahkota wanita.
Habis bagi lelaki rambut penting ke tidak ek?
Percaya atau tidak, lelaki juga mementingkan penampilan rambutnya.
Aku pernah terbaca artikal tentang fakta lelaki.
Salah satu nya adalah "wanita boleh menyentuh mereka, tetapi bukan RAMBUTNYA"
Fakta ni bergantung kepada individu mungkin.
tapi hari tu masa aku pergi makan-makan dengan family aku,
adik perempuan aku kena marah teruk dengan abang dia (adik aku jugak la). hehe
sebab adik perempuan aku tu usik rambut dia. usik je pun.
jadi, sedikit sebanyak tak dinafikanlah fakta tu.
Oleh itu,
Marilah kita tinjau gaya-gaya rambut orang lelaki nih.
Segak kan? hee
sumber gambar : google
Aku tak tahu gaya ni namanye apa, tapi kalau kena pada muka, pasti kacak bergaya.hehe
sumber gambar : google
yang ni pun. kalau kena gaya. wahhh..
sumber gambar : google
haaaa... gaya yang ini aku suka.heeee...kena pulak dengan Shah Rukh Khan yang buat lagi la aku suka. hahahaha.. alaahaii..
sumber gambar : google
Rambut ke belakang.. heheh.. rambut ini yang buat aku jatuh cinta pandang rambut. erk. hahaha..
Shah Rukh Khan jugak la.. haha
sumber gambar : google
Gaya rambut ni. ok ok la.. he
sumber gambar : google
yang ni.. kalau si korea ni buat memang comel. kalau melayu.. tak comel la.. maap..
sumber gambar : google
haaa.. kalau nak menguji tahap keyakinan diri, buat la style yang macam ni.hehehe
sumber gambar : google
err.. BOTAK itu seksi. kata orang. kata aku? seksi kat mana? haha
sumber gambar : google
Akan tetapi, harus diingat, walaupun si lelaki bebas melakukan apa saja gaya rambut yang mereka inginkan, terdapat juga gaya rambut yang haram untuk digayakan oleh lelaki Islam. Gaya rambut yang diharamkan ialah :

Nama antarabangsa bagi gaya rambut ini adalah MOHAWK. Sekarang tengah trend rambut gini. Walaupun katanya cantik bercorak batik tu, tapi, cantik lagi kalau ikut syariat. Wallahua'lam..
Sumber dari : sini
Qaza‘
Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh.
(Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)
Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)
itu saje untuk hari ni.
sekian.
2 comments:
zara suke usik rmbt suami zara .. msti dia bising then wat aksi mgelak. hikhik.. style rmbt yg suami zara slalu wat hmpir2 mcm gmbr no.2 tu.. ^^
Nk share awk punye blog blh ke kt fb page sy
Post a Comment