Tuesday, November 12, 2013

Lirik lagu | yang terindah (dakmie)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Hati berdetik...

Kita kawan. Kita kenal.
Tak tahu entah kenapa kita bercinta.
Bahagia…
Rasanya bila aku tahu yang aku cinta kau,
Setiap masa berharap.
Cinta sentiasa kekal, mekar, harum.
Tapi aku tahu sebalik bahagia.
Belum tentu akan sentiasa berdekah tawanya.
Pasti ada tangis.
Pasti ada guris.
Setiap pelengkap pasti terdapat kekurangan.
Terpulang.
Mahu terima,
Atau
Pulangkan.
Pulangkan semula hati kepada Tuhan.
Yang pasti bila ada kau dalam hati aku.
Tuhan bagi aku bahagia.
Tanpa ragu-ragu.
Sedikit pun.
Kan aku dah kata.
Marah pun bahagia. Kan?
Yakinlah,
Kita tak sama.
Tapi memerlukan.
Percayalah,
Aku tak kuat.
Kau tak gagah.
Sama-sama.
Kurang.
Aku jatuh kau sambut.
Kau tersungkur aku peluk.

walau sama sama jatuh.
tetap sama sama.
kan?

No comments: