"Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong parody kan."
Di zaman teknologi sekarang pelbagai maklumat, berita,
cerita mudah untuk kita dapatkan hanya dengan duduk, ketik dan klik. Semuanya terserah kepada kita nak tapis yang
baik, buruk, berguna bermanfaat kepada kita atau orang lain.
Begitu juga dengan perkongsian video. Kadang-kadang ada perkongsian video yang kita
kongsikan memberi sesuatu kesan atau impak kepada orang lain termasuk diri kita
sendiri sama ada negatif atau positif.
Oleh itu, sebelum kita memuat naik video kita tu, perlu untuk
pertimbangkan baik buruk kepada kita sendiri dan juga orang lain.
Mesti ramai dah tengok video seorang remaja perempuan yang
telah tersebar meluas di laman sosial. Aku baru je lepas tengok selepas dipaksa
kawan aku untuk tengok yang katanya videonya sangat kelakar. Kalau boleh memang
aku malas pun nak tengok. Tapi tengok
jugalah asal tahu macam mana rupanya video nye tu.
Daripada respon atau
komen yang aku tengok tentang video tu, ramai yang mengutuk dan mengeji budak
perempuan tu, tak kurang juga yang meminta untuk dipadam gambar tersebut. Yelah, mungkin agak keterlaluan jika video
sebegitu ditayang kan untuk tontonan umum dan menjadi bahan ejekan orang ramai.
Dan, untuk yang menonton dan dengan rela hatinya membuat
segala parody tentang video tersebut, ketahuilah, video anda lebih hodoh dari
video yang asal. Ye, memang budak tu salah
dan sepatutnya diberi tunjuk ajar, bukan mengejek. Akhirnya, yang akan berlaku, si pembuat video
asal akan menyesal dengan perbuatannya dan yang semakin menjadi-jadi si kaki
parody ni tadi.
Aku rasa, aku tak kagum pun dengan parody ni, malah aku rasa
kasihan pula dengan mereka. kenapa?
yela, dah tahu salah buat apa ikut? apa sepatutnya dibuat? Apakata mereka ni
buat video yang berunsur nasihat ke, video anak kucing makan ikan ke.. lagi
bagus kan. daripada parody..hmmm..
Apa-apa pun, yang salah tetap salah dan harap dapat
diperbaiki di masa hadapan. Yela,
kadang-kadang dah buat salah baru kita tahu yang kita salah kan. Syukurlah, masih berpeluang untuk
dipulihkan. Ambil pengajaran dan jangan
buat lagi.
Untuk si pembuat parody, anda hebat dan lebih hebat jika
anda mempunyai idea sendiri untuk dimanfaatkan.
Seperti yang dikatakan tadi silalah buat video yang mampu membuat
penonton terhibur disamping mendapat pengajaran. Kalau takde idea. "keep calm and
thinking"..hee..
Sekian.
No comments:
Post a Comment