Bagiku cinta itu adalah sederhana..
yang menggenggam erat tangan saat kaki lelah melangkah..
Yang menuntun aku kala aku jatuh..
Yang memimpin aku saat tersesat jalannya..
Yang menyambut segala buruk baik aku yang terwujud..
Yang menjadi penawar segala kesakitan yang datang..
Yang datang mendekat saat yang lainnya menjauh..
Takku peduli jarak, masa dan ruang...
Bagi aku cinta adalah kamu..
Rindu itu tak nampak..
Tak boleh dipandang tapi boleh dirasa..
Rindu tu tiada bernilai..
Tapi harganya mahal sekali..
Jika rindu itu sesuatu benda,
Kan kucari satu botol kaca lutsinar untuk kusimpan dan ku pandang rindu itu tiap masa..
Jikalau rindu tu kamu..
Aku rela menjadi bebayangmu kerana aku sentiasa inginkan rindu itu..
Kerna...
Semakin aku rindu..
Semakin menggunung sayangku kepadamu..
No comments:
Post a Comment