Saturday, October 29, 2011

dah tunang???

ini adalah satu kisah pengajaran...
sila baca dan hayati..

menjadi trend sekarang apabila telah jatuh cinta akan mengubah "relationship status"
kalau ubah kepada "in relationship" atau "in relationship with" orang tak adalah berapa kisah sangat kan..
tapi baru je declare percintaan menjadi kekasih dua sejoli (xleh bla ayat) dah buat status "engaged" atau "married"...
kalau orang yang dah tahu dia letakkan begitu sekadar suka-suka tidak mengapa, bagaimana pula jika seseorang itu adalah seorang yang lurus seperti tiang? tidakkah itu agak mengelirukan???

lihat situasi di bawah :

Dalam satu majlis kenduri kahwin di kampung S, si A dan ibunya sedang makan lalu datang seorang rakan ibunya Makcik T bertanyakan khabar.  Tiba-tiba rakan ibunya itu ternampak salah seorang budak perempuan dari kampungnya, maka terjadilah perbualan berikut :-

Makcik T   : eh, budak tu kawan kau kan si M? dia dah tunang dah ari tu.
Si A           : hah??ye ke? die tak pernah cakap pun.
Ibu A         : Mana kau tau T?
Makcik T   : alaa..aku tengok fesbuk die cakap dah tunang..
Ibu A         : tu saje je kot die buat macam tu. kalau tak baik kitorang dah tahu.
Makcik T   : Eh betul lah. tengok cincin kat tangan dia tu. Majlis tunang die tak jemput sape-sape kot aritu lagipun tunang ngan orang kampung dia jerrrr.
Si A            : errr....(blur sebab baru je die kuar jalan-jalan dengan M tu...kenapa dia boleh tak tahu hal pertunangan rakannya itu??)
Ibu si A       : Biarlah dia, asalkan dia bahagia.

Setelah setelah perbualan di atas, Si A dan ibunya meminta diri untuk pulang.  Kebetulan mereka melalui tempat duduk Si M yang dikatakan telah bertunang itu lalu ibu Si A menyuruh si A bertanyakan perkara sebenar untuk mendapatkan maklumat yang jelas. Pada mulanya Si A enggan tetapi setelah digesa maka terjadilah dialog begini :-

Si A : weh ko da tunang ea??
Si M : KEPALA HOTAK KAU!!
Si A : erk??!!
Si M : sape cakap ngan ko ney??
Si A : ada orang cakap. tak ea?
Si M : mana ada. mengarut je..


Pengajarannya di sini ialah :-

  1. Hati-hati ketika membuat "relationship status"
  2. Sekarang zaman IT makcik-makcik pun cari point bergosip di laman sosial.
  3. Tidak mendengar sesuatu dari sebelah pihak sahaja.
  4. Tahanla kena kepala hotak kau walaupun bukan salah korang..haha

1 comment:

panda montel said...

hahahhahahaha baik letak widow terus hahha