Monday, March 29, 2021

Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) | Kampung Pelangi

Korang pernah tak dengar pasal Kampung Pelangi? 
Banyak negara-negara dah adakan Kampung Pelangi ni. 
Setahu aku, ada beberapa negara yang dah wujudkan Kampung Pelangi ni antara nya Indonesia, Korea dan Taiwan.. Kalau ada negara lain yang korang tau boleh la komen ye. Hihi. 

Lagi berita menarik, di Malaysia juga terdapat sebuah Kampung Pelangi. Diusahakan oleh seorang pendakwah & penulis buku, iaitu Ustaz Kamil Sidek. Kalau korang ada join satu group perbincangan agama di Telegram, famous juga la ustaz ni kat situ. Hehe. 

Awalnya lokasi ni adalah sebuah kem kepimpinan tapi disebabkan pandemik, kekangan keadaan untuk orang buat aktivit, tempat ni dinaiktaraf menjadi sebuah pusat pelancongan berkonsepkan pelangi.. 

Selain pemandangan yang cantik ada jugak mini zoo yg menempatkan arnab, kuda, ostrich, rusa, kolam ikan untuk memancing juga ada. 

Oh ya, beberapa penginapan unik pun ada.. Next time kalau pergi boleh la menginap. Haha. Walaupun tempat ni dekat je ngan rumah aku. 

Waktu aku pergi tu, hari pertama dibuka selepas PKP 2.0.. Walaupun orang ramai datang tapi SOP Tetap dapat dijaga kerana tempatnya luas. Agak-agak ramai satu tempat boleh pilih ke tempat lain dulu la kan. Pilihan di tangan kita. Yer takk... 

Oklah, jom layan gambar aku pergi tempohari. 

Ok ini busstay. Kalau korang rasa nak bermalam dalam bas ni boleh la tempah busstay ni.. Korang akan nampak busstay ni dulu lepas korang bayar pendaftaran di kaunter. 

Ini tempat paling anak aku suka. Haha.. Memain ngan arnab. Korang boleh bagi arnab-arnab ni makan. Jinak-jinak mereka nih.


Ni pulak arabian stay. Kalau nak rasa tidur dlm khemah ni ala-ala g umrah haji boleh la book tempat ni. 

Ni pun tempat penginapan jugak ada dua tingkat. 

Cantikkan view ni. Kalau nak tahu, belakang tu adalah tandas. Haha.. Tandas pun chantik.. 

Yang ni penginapan juga, jenis villa kalau tak silap namanya. 

Belakang penginapan juga, tapi aku tak ingat nama dia. 

Yang ni view penginapan kabin yang dua tingkat tadi tu. 

Kalau malas nak jalan, naik tram ni pun boleh.. RM 5 je satu trip. 

Ini penginapan paling comel bagi aku. Hihi. Hobbitstay kalau xsilap. Hehe. Kecik je. Boleh muat dua orang rasanya. 


Haa.. Ini paling aku suka tengok. Kalau boleh lain kali datang nak nginap situ. Hehehe. Aku suka sebab aku ada nampak rumah pesen-pesen macam ni kat melaka dulu. Terus suka.. Rupanya datsng sini, ada kat sini. Hehe

Tengok, main arnab lagi budak tu. 

Okey itula sebahagian dari gambar-gambar waktu aku ke sana. Banyak lagi yang menarik sebenarnya tapi kalau korang nak tau, kena la pergi rasai sendiri. Hehehe... 

InsyaAllah jika berpeluang aku pun akan pergi lagi ke sana. Memang seronok lagi-lagi kalau ada bawa budak-budak.. 

Oh ya, ada satu checkpoint tu, korang boleh sauk ikan pelaga. Bayar rm2 untuk satu jam. Nak bawa ikan balik pun boleh. Kalau taknak boleh pulang semula 

Kalau korang beminat nak melawat ke tempat tu, ni detailsnya :

KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)
LOT 4021, JALAN RIZAB ZAZULI, 
KAMPUNG BUKIT HIJAU,
45800 JERAM,
SELANGOR.
Atau korang boleh je cari dalam google map.

Harga tiket :

SABTU,AHAD & CUTI UMUM:
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak 3-12 tahun & Warga Emas : RM 10.00

ISNIN - JUMAAT 
Dewasa : RM 12.00
Kanak-kanak 3-12 tahun & Warga Emas : RM 8.00

KANAK-KANAK 3 TAHUN KE BAWAH PERCUMA

Untuk Pengetahuan korang, sebahagian harga tiket yang dibayar akan disalurkan ke pusat pengajian al-quran yang diasaskan oleh kem ini.  ok la tu kan, sambil bergumbira sambil beramal.. 

Mana-mana yang boleh merentas daerah tu boleh la gerak dulu ye ke sini. hehehee..

Selepas Setahun | Tahun 2020 meninggalkan banyak kisah duka

 Assalamualaikum..

Hai semua, selepas hampir setahun aku menghabukkan blog ni, akhirnya aku menulis semula blog ni sebab baru terasa nak update.

Yela, blog ni jela yang mendengar segala luahan hati aku.. yang lain bukan nak dengar pun. heheh.

ok, cerita tentang tahun 2020,

Seperti yang kita tahu, awal tahun 2020, kita di kejutkan dengan kisah pkp.. bermula dari tarikh tu, segala-gala pergerakan terbatas, balik kampung pun jarang. 

Awal-awal duduk di rumah, ya, sangat stress ye. semua benda buat di rumah termasuk bekerja.

Bulan June, baru la sempadan dibuka dan boleh rentas negeri.. baru dapat balik ke kampung.. 

Sedihnyaaa... lepas dua tiga siri balik ke kampung, bulan oktober 2021, dikejutkan lagi dengan kehilangan ibu tercintaaa.. 

Ya Allah, dah la tahun tu jarang dapat balik kampung, akhirnya, terus tak dapat jumpa selama-lamanya,,,

Semoga roh arwah mak ditempatkan dalam golongan beriman Ya Allah... :(

Tuesday, April 7, 2020

Ziggy Zagga | Keluarga Gen Halilintar

Haha.. aku suka betul tengok channel family ni.
Aku tengok sejak dari masa baru-baru kawen dulu.
Lepas tu dah ada anak tak tengok dah, lepas tu baru-baru ni tertengok pulak rupanya diorang dah ada lagu sendiri. haha.
Sedap pulak lagunya. 
semua nya anak beranak yang nyanyi. mana tak nya anak je dah 11. cukup lah tu kan. hahaha.
Jom, layannn...

Saturday, April 4, 2020

Foto-foto lama ketika wabak Spanish Flu

Mungkin boleh jadi pengajaran untuk kita.  Duduklah dirumah untuk putuskanvrantaian virus ni. Semoga kita semua dilundungi & dijauhkan dari perkara-perkara buruk.. Aamin..



















Foto di tahun 1918 kelihatan dua org Wanita sedang berjalan dgn memakai Mask muka disebabkan oleh wabak 'Spanish Flu'.
Spanish Flu yg bermula pada Januari 1918 sehingga  disember 1920 merupakan antara wabak penyakit terburuk dlm sejarah manusia.

Seramai 500 juta orang telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17-50 juta org telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.

Cara wabak ini dihentikan adalah dgn langkah Social Distancing.
Negara di dunia yg terjejas mula menutup sekolah,rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang.

Walaupun ramai yg djangkiti dan meninggal dunia,sangat difahami kerana teknologi masih belum 'advance' selain Perubatan belum semaju skrg dan hebahan sampai lambat kepada kawasan terjejas.

Namun langkah pencegahan masih sama. Social Distancing dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.

Adakah kita mahu kembali spt keadaan Spanish Flu dahulu?! Jika tdk,please

 #stayathome #socialdistancing

Sumber dari : Whatsapp group. Tak dapat dipastikab dari mana sumber asalnya untuk dikreditkan. 

Monday, March 30, 2020

Hukum Faraid | Ilmu Penting Untuk Umat Islam

Baru-baru ni pernah kecoh sekejap cerita-cerita tentang Faraid kan.  Macam-macam pendapat dan pandangan tentang Faraid. Mana satu yang betul ni ye?  kalau kita tengok blog Guaman Syarie, artikel tentang Faraid diperjelaskan dengan lengkap. Jom kita baca artikel tersebut yang aku copy paste kan kat bawah ni.

Apa itu Faraid?

Faraid dari segi bahasa bermaksud ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain), menurut hukum Islam.
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

Bentuk Harta yang boleh dibahagikan secara Faraid.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.


Cara pembahagian faraid menurut al-Quran

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dalil tentang Faraid

Surah an-Nisa ayat 11 dan 12.
 يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا 
 Maksudnya:  “Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:

Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adik-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki


Sekarang, kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:
 ۞وَلَكُمۡ نِصۡفُ مَا تَرَكَ أَزۡوَٰجُكُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٞ فَلَكُمُ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡنَۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِينَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۚ وَلَهُنَّ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡتُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّكُمۡ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَكُمۡ وَلَدٞ فَلَهُنَّ ٱلثُّمُنُ مِمَّا تَرَكۡتُمۚ مِّنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ تُوصُونَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۗ وَإِن كَانَ رَجُلٞ يُورَثُ كَلَٰلَةً أَوِ ٱمۡرَأَةٞ وَلَهُۥٓ أَخٌ أَوۡ أُخۡتٞ فَلِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُۚ فَإِن كَانُوٓاْ أَكۡثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمۡ شُرَكَآءُ فِي ٱلثُّلُثِۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصَىٰ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍ غَيۡرَ مُضَآرّٖۚ وَصِيَّةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٞ   
Maksudnya: “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”

Pengiraan Asas Pembahagian Faraid

Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:

Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)
Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/4) (dibahagikan sama rata daripada 1/4 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian)
Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang sebenarnya.

Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.

Jadi, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Nampak tak.. penting subjek matematik ni...

Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Kadar Asas Pembahagian Faraid

Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.

Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.

Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Beberapa persoalan tentang Faraid

Assalamu'alaikum...sedikit kemusykilan bab faraid... Seorang perempuan meninggal dunia meninggalkan waris berikut: Suami, 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan, seorang ayah. Ibu telah meninggal dahulu tapi nenek ( ibu kpd ibu) masih ada... Soalan: Nenek ni dapat tak pusaka? ganti ibu ke? Kalau dapat, berapa kadarnya? Moga dapat maklumbalas.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Berikut ialah kiraan faraid setelah ditahqiq:

Suami = 3/12 (Asalnya ialah ¼ kerana si mati mempunyai anak)
Anak lelaki pertama = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
Anak lelaki kedua = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
Anak perempuan = 1/12 (Separuh daripada bahagian anak lelaki)
Nenek sebelah ibu = 2/12 (Asalnya ialah 1/6 kerana si mati telah kematian ibu tetapi mempunyai nenek sebelah ibu).

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, (4:11-12).
Sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak Mahkmah Rendah Syariah bagi tujuan mendapatkan Sijil Faraid yang lebih berautoriti.

Info tambahan dan kesimpulan

Beza Hibah dan Faraid

Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.
Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati,  harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.
Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.
Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan  dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.
Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran  perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.
Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.
Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.


Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk  mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.


Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Contoh kiraan:

Contoh duit ada RM16000, nak dibahagikan kepada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan mengikut kiraan Faraid.

Jawapan:

Untuk lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
Jadi untuk 3 anak lelaki x 2 = 6.
Perempuan pula 3 x 1 = 3.
Jumlah semuanya 9 bahagian.
Dari RM16000 ÷ 9. Jadi, dapatlah bahagian masing-masing.


Ini contoh asas je la ni... Kalau melibatkan nenek, datuk, bapa saudara dan selainnya boleh rujuk Mahkamah Syariah untuk pembahagian harta secara Faraid.


Hikmah Faraid

Bagi yang kurang jelas tentang faraid memang merasakan faraid ni macam kejam kan... Tapi sebenarnya ada hikmah yang Allah tentukan. Allah buat tu bersebab.
Antara tujuan dan hikmah Faraid ialah:

1. Keadilan

Memastikan keadilan terlaksana dan kehidupan keluarga si mati dapat diteruskan seperti biasa dan tidak berlaku kezaliman selepas itu.

2. Tanggungjawab lelaki lebih besar dari perempuan dari segi nafkah

Dalam keadaan tertentu, waris lelaki menerima lebih daripada waris perempuan disebabkan oleh tanggungjawab mereka dalam memberi nafkah dan lainnya. Hak diberi seiring dengan tanggungjawab. Suami kepada isteri. Bapa kepada anak-anak. Anak lelaki kepada ibu bapa. Datuk kepada cucu. Begitulah peraturan Allah SWT.

3. Tanggungjawab kepada anak yatim jatuh kepada pihak lelaki.

Selain itu, kaum lelaki iaitu abang bertanggungjawab kepada adik perempuan dan bapa saudara kepada anak saudara perempuannya yang sudah menjadi anak yatim.

4. Wanita tidak perlu menanggung orang lain.

Hak pusaka wanita adalah untuk dirinya sendiri. Mereka tidak bertanggungjawab untuk menanggung orang lain.

Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber rujukan:
Mufti Wilayah
Jabatan Agama Islam Melaka
Persatuan Harta Guaman Malaysia
Tafsir al-Quran

Pelan banglo 2 tingkat 5 bilik tidur & 3 bilik air (3992 kps) | Banglo Mesra Alam Sekitar

Rumah bertemakan pemandangan alam sekitar, siapa yang tak suka kan. Aku pun suka. hehe. InsyaAllah, kalau rezeki banyak dan berkemampuan nak buat rumah, aku nak buat ikut pelan rumah macam kat bawah ni.

Dah la banyak tingkap, angin semulajadi boleh masuk. Bayangkan buka semua tingkap pagi-pagi.. Fuuhhh.. hehehe.. (berangan kan free je..)

Alhamdulillah, kepada sesiapa yang dah berkemampuan dan berminat nak buat rumah macam ni, aku ucapkan tahniah & mintak tolong doakan aku sekali. hehe.. kalau berminat nak buat rumah ni, boleh la tekan link tajuk kat bawah ni atau korang pergi je blog ni. Banyak lagi design rumah lain untuk korang. hee.

Rekaan rumah banglo 2 tingkat ini berkonsep mempersepsikan alam sekitar ke dalam rumah.

Rekaan rumah ini membanyakkan bukaan seperti tingkap dan pintu lipat pada rumah. Ini adalah agar banyak cahaya semulajadi dapat masuk ke dalam rumah sekaligus dapat mencerahkan rumah pada siang hari dan dapat mengurangkan penggunaan lampu di siang hari.
Bukaan-bukaan itu juga bertujuan agar pemilik rumah dapat menikmati keindahan alam sekitar yang terdapat di sekeliling rumah.
Dengan berkeluasan 3992 kaki², rekaan rumah ini memuatkan 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Rekaan ini sesuai untuk pemilik yang mempunyai tanah berbentuk segi empat sama dan dikelilingi keindahan alam sekitar.

Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik AirPelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik AirPelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik AirPelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik AirPelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik AirPelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
Pelang Banglo 2 Tingkat. pandangan atasPelang Banglo 2 Tingkat. pandangan atas tingkat 2

Thursday, March 12, 2020

Qashrina Cruise Hotel - Penginapan ala-ala dalam cruise mewah

Nama macam jauh kat luar negara je kan hotel ni. hehe..

Rupa-rupanya kat Malaysia je. dekat tanah tumpah darahku juga. Melaka. hehe.
lagi menariknya Qashrina Cruise Hotel ni, ia adalah milik orang Muslim. 
Dah la Nama sedap, tempat cantik, harga pun berpatutan!
Untuk maklumat lanjut tentang Qashrina Cruise Hotel,  jom tengok bawah ni.

Special Nomination - Qashrina Cruise Hotel - Hotel tepi Pantai Puteri milik muslim yang istimewa!

Lokasi: Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling,

Hotel berbentuk kapal cruise mewah ini baru saja siap dibina & sedia menerima kedatangan anda sebagai tetamu.


Alhamdulillah pemiliknya adalah muslim yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan homestay dan chalet. Dibahagian depan cruise hotel ini terdapat 2 buah kolam renang untuk mandi manda.

Segala dekorasi luaran dan dalaman hotel ini benar benar mengambil inspirasi daripada rekabentuk sebuah kapal.


Terdapat pelbagai pilihan bilik penginapan pelbagai harga untuk pilihan kita. Kami senaraikan di bawah untuk rujukan anda. Sama sama kita sokong perniagaan hotel milik muslim supaya boleh berdiri sama maju atau lebih terkehadapan dari bangsa lain. Insyaallah, untung lebih bayar zakat.





Bilik yang murah baru RM150 untuk 1 malam untuk katil single bertingkat.


P/S: kalau nak tengok lagi hotel kat melaka yang menarik cuba tekan sini